Sunday, February 23, 2014

Please!! Jangan terlampau manja kan anak



Share dari sahabat FB::

Berikan apa yg anak perlukan, bukan apa yg anak mahukan
Anak mahukan motorsikal ke sekolah !
Dia sebenarnya memerlukan pengangkutan.
Berikan dia basikal.
Berikan dia bas sekolah.
Berikan dia tenaga (semangat, inspirasi, nasehat) untuk berjalan kaki.
Beri apa anak PERLU
Bukan apa anak MAHU

Anak mahukan iPad.
Anak mahukan Galaxy Tab.
Anak mahukan Samsung Note.
Berikan apa yang dia PERLU.
Bukan apa yang dia MAHU.
Dia tak perlukan itu semua.
Dia hanya ikut kawan-kawan di kelas.
Mak Ayah pun tahu itu semua …
Hanya membazirkan masa anak.
Hanya membazirkan wang anak.
Hanya membuka ruang kepada pelbagai masalah anak.
Hanya mengkelencongkan fokus anak dari pelajaran kepada perkara lain.
Justeru nak beri juga ?
Kan kita tegaskan:
Beri apa yang anak PERLU.
Bukan apa yang anak MAHU.
Anak mahukan game komputer MMORPG World of Warcraft.
Anak mahu main game Counter Strike.
Anak berminat dengan game Blackshot
Anak juga sibuk dengan pelbagai game Facebook.Anak perlukah itu ?
Ya … sekadar seronok-seronok selepas studi.
Ya …. sekadar isi masa lapang berehat hujung minggu selepas studi.
Tapi kalau anak tak pernah studi !
Tapi kalau anak malas buat ulangkaji !
Tapi kalau anak boring dengan latihtubi !
Anak perlukah game tadi ?
Malah kerana leka dengan game tadi, semua kerja lain terabai.
Malah solat dibuat cincai-cincai
Anak perlukah itu ?
Beri apa yang anak PERLU.
Bukan apa yang anak MAHU.




        Anak nak ikut kawan ke Jom Heboh !
Anak nak ikut kawan ke konsert Meletop !
Anak nak ikut kawan ke Reunion AF !
Anak nak ikut kawan ke AJL !
Anak perlukah itu semua ?
Ya agar tidak dikatakan kolot.
Ya agar turut ke tempat “happening”
Ya agar tahu “dunia sebenarnya”
Kan lebih happening dapat banyak “A” dalam peperiksaan.
Kan lebih kolot gagal masuk IPT atau Matrikulasi
Kan “dunia sebenar” ialah apabila pelbagai bangsa bersaing satu sama lain.
Beri apa yang anak PERLU
Bukan apa yang anak MAHU.
Mereka PERLU diajak ke musolla atau mesjid.
Mereka PERLU bimbingan Ustaz-Ustazah bukan penyanyi dan pelawak
Mereka PERLU tunjuk ajar guru, bukan pengaruh kawan tak bertanggungjawab.
Anak mahukan bimbingan.
Bukan suapan pelbagai kemudahan.
Anak PERLUkan MASA bersama ibubapa
Anak PERLUkan KASIH SAYANG ibubapa.
Anak PERLUkan TEGURAN dan DISIPLIN dari ibubapa.
Anak PERLUkan CONTOH MITHALI dari ibubapa.
Anak PERLUkan DOA dari ibubapa
Anak PERLUkan HALATUJU dan INSPIRASI dari ibubapa.
Anak PERLU dilatih untuk TAAT ALLAH.
Anak PERLU dididik untuk CINTA RASULULLAH.
Itu yang anak PERLU.
Bukan lagu terkini.
Bukan pelakon dan penyanyi tersensasi.
Bukan Bukan Bukan.
Bukan motorsikal.
Bukan iPad, Tab dan Samsung
Bukan hiburan tanpa kawalan.
Bukan game komputer dan facebook tanpa pemantauan.
Bukan LEPAS BEBAS tanpa kawalan.
Mak dan Ayah:
Fahami apa anak anda PERLU.
Bukan melayan apa yang anak MAHU.
MEREKA PERLUKAN ANDA.
THEY NEED YOU.
THEY WANT YOUR LOVE
YOUR TIME
YOUR ADVICE
YOUR GUIDANCE.
Give what they NEED
Not what they WANT.


credit : dr shukri

No comments:

Post a Comment